Thursday, April 14, 2011

Kenapa Aku Down n Selalu Mengeluh? Kenapa?

Apabila umur semakin tua, semester semakin hampir ke penghujungnya, assignment semakin bertambah, kuiz ditingkatkan kesukarannya, peperiksaan semakin banyak, segala task menjadi sukar, kawan semakin menjauhkan diri, semua sudah membawa diri masing2 kerana sibuk dengan aktiviti2 yang disertai.

Tekanan semakin dirasai, segala yang dianggap mudah kini menjadi sukar. Diri mula terasa sunyi. Hidup mula tiada arah tujuan. Perjalanan hidup semakin sukar. Aku juga tidak tahu kehidupan siapa yang aku jalani ini. Diri terasa kosong. Mungkin aku patut lebih mendekatkan diri kepadaNya. Ataupun selainnya, mungkin.

Bencana alam semakin kerap terjadi. Cuaca tidak menentu. Segalanya menjadi tidak stabil. Adakah ini tanda2nya kiamat sejengkal lagi? Tanah arab yang kering kontang itu pun sudah menjadi subur. Persis sekali, memang sudah hampir umur dunia dan alam semesta yang diciptaNya ini.

Umur sudah meningkat, segala yang baru ingin diterokai. Ada yang salah, ada yang hanya menjadi persoalan yang tiada tanda noktah. Bilangan pasangan semakin bertambah, aku luar norma kini serba salah sama ada perluku ikut sama ataupun hanya kekalkan diri ini seperti dahulu kala. Seperti biasa, dilemma menghantui diri ini.

Sistem dan sistem terus dipelajari dalam bidang kejuruteraan kapal terbang yang kuceburi ini. Aku akui ia sangat2 susah kalau tidak fokus dan belajar dari basicnya. Lagipun ini bukan yang aku betul2 minat dan inginkan. Mungkin ini cabarannya tapi entahlah sejak kebelakangan ini aku seringkali mengeluh.

Mengeluh kerana terfikirkan masa depan, masa didalam kubur, masa aku mempunyai orang untuk dibimbingkan, masa aku mempunyai anak, masa aku tua, masa aku mati, masa ketiadaan orang tuaku, dan segala2nya lagi. Aku naik musykil kenapa aku terfikir tentang perkara2 seperti ini.

Sekali lagi aku didalam dilemma dan mengeluh. Mengeluh dengan apa yang aku alami ini. Ya Allah, kuatkan lah hambamu yang sangat lemah ini. Lemah untuk menanggung segala beban yang ditimpa sekarang. Bantulah aku Ya Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...